Mengenai panggilan Internet
Anda boleh membuat dan menerima panggilan pada internet. Perkhidmatan panggilan
internet mungkin menyokong panggilan antara komputer, antara telefon mudah alih
dan antara peranti VoIP dan telefon tradisional. Perkhidmatan panggilan internet
adalah perkhidmatan rangkaian.
Sesetengah pembekal perkhidmatan panggilan internet membenarkan panggilan
internet percuma. Untuk ketersediaan dan kos kesambungan, hubungi pembekal
khidmat panggilan internet anda.
Untuk membuat atau menerima panggilan internet, anda mesti berada dalam kawasan
perkhidmatan bagi WLAN atau mempunyai sambungan data paket (GPRS) di dalam
rangkaian 3G, dan didaftarkan masuk ke perkhidmatan panggilan internet.