
Alihkan panggilan ke peti mel suara anda atau nombor telefon anda yang lain
Jika anda tidak boleh menjawab panggilan anda, anda boleh mengalihkan panggilan
masuk.
Pilih >
Tetapan
dan
Memanggil
>
Alihan panggilan
>
Panggilan suara
.
Alihan panggilan adalah perkhidmatan rangkaian. Untuk mendapatkan butiran,
hubungi pembekal khidmat rangkaian anda.
Alihkan panggilan suara apabila tidak dijawab
Pilih
Jika tidak dijawab
>
Aktifkan
>
Ke peti mel suara
.
Alihkan panggilan suara semasa anda sedang menjawab panggilan
Pilih
Jika sibuk
>
Aktifkan
>
Ke peti mel suara
.
Lebih daripada satu pilihan alihan boleh aktif pada masa yang sama.
Alihkan semua panggilan suara ke nombor telefon yang lain
1 Pilih
Semua panggilan suara
>
Aktifkan
>
Ke nombor lain
.
2 Masukkan nombor. Untuk menggunakan nombor yang disimpan dalam senarai
kenalan, pilih
Cari
.
Sekatan panggilan dan alihan panggilan tidak boleh aktif pada masa yang sama.