Berkongsi lokasi anda di dalam kemas kini status anda
Dengan aplikasi Sosial, anda boleh membenarkan rakan anda mengetahui di mana anda
berada supaya mereka boleh mencari anda.
Pilih >
Sosial
.
1 Pilih medan input teks di bahagian atas paparan.
2 Tambah lokasi anda. Telefon menggunakan GPS untuk menentukan lokasi semasa
anda, dan mencari mercu tanda berdekatan anda.
3 Jika beberapa tanda tempat ditemui, pilih satu daripada senarai.
Perkongsian lokasi tersedia hanya jika ia disokong oleh perkhidmatan.
Penting: Sebelum berkongsi lokasi anda, sentiasa pertimbangkan dengan berhati-
hati dengan siapa anda berkongsi. Semak tetapan privasi bagi perkhidmatan rangkaian
sosial yang anda gunakan kerana anda mungkin berkongsi lokasi anda dengan
sekumpulan besar orang.
Syarat penggunaan yang digunakan untuk perkhidmatan rangkaian sosial mungkin
dikenakan untuk berkongsi lokasi anda kepada perkhidmatan. Biasakan diri anda
dengan syarat penggunaan dan amalan privasi perkhidmatan dan gunakan
pertimbangan yang sesuai sebelum mendedahkan data lokasi anda kepada orang lain
atau melihat lokasi orang lain.