
Mengenai kaedah penentududukan
Peta memaparkan lokasi anda pada peta menggunakan penentududukan berasaskan
GPS, A-GPS, WLAN, atau rangkaian (ID sel).
Peta dan lokasi 87

Sistem penentududukan global (GPS) ialah sistem navigasi berasaskan satelit yang
digunakan untuk mengira lokasi anda. GPS dibantu (A-GPS) ialah perkhidmatan
rangkaian yang membantu penerima GPS anda, memperbaiki kelajuan dan ketepatan
penentududukan. Selain daripada itu, penambahan lain kepada GPS mungkin
digunakan untuk memperbaiki dan mempercepatkan penentududukan. Ia mungkin
memerlukan pemindahan jumlah kecil data pada rangkaian selular.
Penentududukan WLAN meningkatkan ketepatan kedudukan apabila isyarat GPS tidak
tersedia, terutamanya apabila anda berada dalam bangunan atau di antara bangunan
tinggi.
Dengan penentudukan berasaskan rangkaian (ID sel), kedudukan ditentukan melalui
sistem selular yang telefon anda sedang disambungkan padanya.
Untuk menjimat kos data, anda boleh menyahaktifkan A-GPS, WLAN dan rangkaian (ID
sel) berdasarkan penentududukan dalam tetapan penentududukan telefon anda, tetapi
mengira lokasi anda mungkin mengambil masa lebih lama, lokasi boleh menjadi tidak
tepat dan penerima GPS boleh kehilangan lokasi dengan lebih kerap.
Ketersediaan dan kualiti isyarat GPS mungkin terjejas akibat lokasi anda, kedudukan
satelit, bangunan, halangan semula jadi, keadaan cuaca dan pelarasan pada satelit GPS
yang dibuat oleh kerajaan Amerika Syarikat. Isyarat GPS mungkin tidak tersedia di
dalam bangunan atau di bawah tanah.
Jangan gunakan GPS untuk pengukuran lokasi yang tepat, dan jangan sekali-kali
bergantung sepenuhnya pada maklumat lokasi yang diberikan oleh GPS dan rangkaian
selular.
Meter perjalanan mungkin tidak tepat, bergantung pada ketersediaan dan kualiti
sambungan GPS anda.
Nota: Penggunaan WLAN mungkin disekat di beberapa negara. Contohnya, di
Perancis, anda hanya dibenarkan menggunakan WLAN di dalam bangunan. Untuk
mendapatkan maklumat lanjut, hubungi pihak berkuasa tempatan anda.
Bergantung pada kaedah penentududukan yang tersedia, ketepatan penentududukan
mungkin berbeza-beza dari beberapa meter hingga beberapa kilometer.