
Daftar masuk
Dengan ciri Daftar masuk, anda boleh menyimpan rekod ke mana anda telah pergi.
Memastikan rakan rangkaian sosial dan kenalan anda mengetahui perkembangan
terkini tentang apa yang anda lakukan, dan berkongsi lokasi anda pada perkhidmatan
rangkaian sosial kegemaran anda.
Pilih >
Peta
dan
Check in
.
Untuk mendaftar masuk, anda memerlukan akaun Nokia. Untuk berkongsi lokasi anda,
anda juga memerlukan akaun perkhidmatan rangkaian sosial. Perkhidmatan rangkaian
sosial yang disokong berbeza mengikut negara atau rantau.
1 Daftar masuk ke akaun Nokia anda, atau, jika anda belum lagi mempunyai satu
akaun, buat akaun.
2 Anda boleh berkongsi lokasi anda pada perkhidmatan rangkaian sosial yang anda
gunakan. Apabila anda menggunakan Daftar masuk untuk pertama kali, anda boleh
menetapkan kelayakan akaun anda untuk perkhidmatan yang anda gunakan. Untuk
kemudiannya, menyediakan akaun, pilih .
3 Pilih lokasi semasa anda.
4 Tulis kemas kini status anda.
Anda hanya boleh menyiarkan ke perkhidmatan yang dipilih yang anda telah
sediakan. Untuk mengecualikan perkhidmatan, pilih logo perkhidmatan. Untuk
mengecualikan semua perkhidmatan, memastikan kemas kini lokasi dan status
anda dibuat peribadi, kosongkan kotak semakan
dan pos
.
92 Peta dan lokasi

5 Pilih
Check in
.
Anda juga boleh melampirkan gambar kepada penyiaran anda, bergantung pada
perkhidmatan rangkaian sosial.
Lihat sejarah Daftar masuk anda
Pilih .
Mendaftar masuk dan berkongsi lokasi anda memerlukan sambungan internet. Ia
mungkin melibatkan penghantar sejumlah besar data dan kos lalu lintas data yang
berkaitan.
Perkhidmatan rangkaian sosial adalah perkhidmatan pihak ketiga dan tidak disediakan
oleh Nokia. Semak tetapan privasi bagi perkhidmatan rangkaian sosial yang anda
gunakan kerana anda mungkin berkongsi maklumat dengan sekumpulan besar orang.
Terma penggunaan perkhidmatan rangkaian sosial diguna pakai pada perkongsian
maklumat dalam perkhidmatan tersebut. Biasakan diri anda dengan terma
penggunaan dan amalan privasi perkhidmatan tersebut.
Penting: Sebelum berkongsi lokasi anda, sentiasa pertimbangkan dengan berhati-
hati dengan siapa anda berkongsi. Semak tetapan privasi bagi perkhidmatan rangkaian
sosial yang anda gunakan kerana anda mungkin berkongsi lokasi anda dengan
sekumpulan besar orang.