
Mengenai kemas kini perisian telefon dan aplikasi
Melalui kemas kinian perisian telefon dan kemas kinian aplikasi, anda boleh
mendapatkan ciri baru dan mempertingkatkan fungsi untuk telefon anda. Mengemas
kini perisian juga boleh mempertingkatkan prestasi telefon anda.
Pengurusan telefon 117

Anda disarankan agar membuat sandaran data peribadi anda sebelum mengemas kini
perisian telefon anda.
Amaran:
Jika anda memasang kemas kini perisian, anda tidak boleh menggunakan peranti,
walaupun untuk membuat panggilan kecemasan, sehingga pemasangan selesai dan
peranti dihidupkan semula.
Menggunakan perkhidmatan atau memuat turun kandungan mungkin menyebabkan
pemindahan data yang banyak, yang mungkin mengakibatkan kos lalu lintas data.
Sebelum memulakan kemas kinian, sambung pengencas atau pastikan bateri peranti
mempunyai kuasa yang mencukupi.
Selepas kemas kini, arahan dalam panduan pengguna tidak lagi dikemas kini.