
Tetapkan telefon anda untuk mengunci secara automatik
Hendak melindungi telefon anda daripada kegunaan yang tidak dibenarkan? Tentukan
kod keselamatan dan tetapkan telefon anda untuk mengunci sendiri secara automatik
apabila anda tidak menggunakannya.
1 Pilih >
Tetapan
>
Telefon
>
Pengurusan telefon
dan
Tetapan
keselamatan
>
Telefon dan kad SIM
.
2 Pilih
Kod keselamatan
, dan masukkan kod keselamatan. Minimum 4 aksara
diperlukan dan nombor, simbol dan huruf besar dan kecil boleh digunakan.
Rahsiakan kod keselamatan dan letakkan di tempat yang selamat berasingan
daripada telefon anda. Jika anda terlupa kod keselamatan dan telefon anda dikunci,
telefon anda akan meminta perkhidmatan. Caj tambahan mungkin dikenakan dan
semua data peribadi dalam telefon anda mungkin dipadam. Untuk mendapatkan
maklumat lanjut, hubungi pusat Nokia Care atau penjual telefon anda.
3 Pilih
Tempoh kunci auto telefon
, dan tentukan tempoh waktu selepas telefon
tersebut dikunci secara automatik.
Pengurusan telefon 125

Kunci telefon anda secara manual
Pada skrin utama, tekan kekunci kuasa , pilih
Kunci telefon
, dan masukkan kod
keselamatan.
Buka kunci telefon anda
Luncurkan suis kunci kekunci, masukkan kod keselamatan, dan pilih
OK
.
Jika kunci kekunci tukar tidak dapat dicapai, tekan kekunci menu dan pilih
Buka
kunci
.