Gunakan papan kekunci maya
Untuk mengaktifkan papan kekunci maya, pilih medan input teks. Anda boleh
menggunakan papan kekunci maya dalam mod landskap dan potret.
Papan kekunci maya dalam mod potret mungkin tidak tersedia dalam semua bahasa
tulisan.
1 Papan kekunci maya
2 Kekunci tutup - Tutup papan kekunci maya.
3 Kekunci shift dan caps lock - Untuk memasukkan aksara huruf besar semasa menulis
di dalam huruf kecil, atau sebaliknya, pilih kekunci sebelum memasukkan aksara.
Untuk mengaktifkan mod Caps Lock, pilih kekunci dua kali.
4 Julat aksara – Pilih julat aksara yang dikehendaki, seperti nombor atau aksara
khusus.
Penggunaan asas 23
5 Kekunci anak panah - Menggerakkan kursor ke kiri atau kanan.
6 Space bar - Masukkan jarak.
7 Menu input - Aktifkan input teks ramalan, atau tukar bahasa tulisan.
8 Kekunci Enter – Menggerakkan kursor kepada baris seterusnya atau medan input
teks. Fungsi tambahan ialah berdasarkan konteks semasa. Contohnya, dalam
medan alamat web bagi penyemak imbas web, ia bertindak sebagai ikon Pergi.
9 Kekunci backspace - Padam aksara.
Beralih antara papan kekunci maya dan pad kekunci dalam mod potret.
Pilih >
Pad kekunci abjad angka
atau
Papan kekunci QWERTY
.
Tambah aksen pada aksara
Pilih dan tahan aksara.