Aktifkan input teks ramalan dengan pad kekunci maya
Input teks ramalan adalah berdasarkan kamus yang terbina dalam yang mana anda
boleh menambah perkataan baru. Input teks ramalan tidak disediakan untuk semua
bahasa.
1 Pilih >
Aktifkan teks ramalan
.
2 Untuk menulis perkataan yang dikehendaki, gunakan kekunci 2-9. Pilih setiap
kekunci sekali sahaja untuk setiap huruf. Sebagai contoh, untuk menulis Nokia
semasa kamus bahasa Inggeris dipilih, pilih 6 untuk N, 6 untuk o, 5 untuk k, 4 untuk
i, dan 2 untuk a.
Cadangan perkataannya berubah selepas setiap pemilihan kekunci.
3 Jika perkataan tidak betul, pilih * berulang kali, sehingga padanan yang betul
dipaparkan. Jika perkataan tidak berada dalam kamus, pilih
Eja
, dan masukkan
perkataan menggunakan mod input teks, dan pilih
OK
.
Jika ? dipaparkan selepas perkataan, perkataan tiada di dalam kamus. Untuk
menambah perkataan pada kamus, pilih *, masukkan perkataan menggunakan
mod input teks tradisional, dan pilih
OK
.
4 Untuk memasukkan ruang, pilih 0. Untuk memasukkan tanda seru biasa, pilih 1,
dan kemudian pilih * berulang kali, sehingga tanda seru yang betul dipaparkan.
5 Mulakan menulis perkataan seterusnya.
Nyahaktifkan input teks ramalan
Pilih # dua kali dengan pantas.