
Gunakan pintasan
Anda tidak perlu menavigasi laluan panjang untuk, contohnya, membuka atau menutup
sambungan internet, untuk menyenyapkan telefon anda. Anda boleh mengakses
tetapan ini secara terus dalam menu status, tidak kira anda berada dalam apa jua
aplikasi atau paparan.
Sapu ke bawah dari kawasan pemberitahuan.
Dalam menu status, anda boleh melakukan yang berikut:
•
Lihat pemberitahuan panggilan terlepas atau mesej belum dibaca
•
Senyapkan telefon anda
•
Ubah suai tetapan kesambungan
•
Lihat sambungan WLAN yang tersedia, dan sambungkan ke WLAN
•
Uruskan sambungan Bluetooth
Petua: Semasa mendengar muzik, anda boleh mengakses pemain muzik dengan cepat
dari kawasan status.