Hantar mesej
Dengan mesej teks dan multimedia, anda boleh menghubungi rakan dan keluarga anda
dengan cepat. Dalam mesej multimedia, anda boleh melampirkan gambar, video dan
klip bunyi yang anda hendak kongsikan.
Pilih >
Pesanan
.
1 Pilih .
2 Untuk menambah nombor telefon penerima secara manual, masukkan nombor
dalam medan Kepada . Untuk memilih penerima dari senarai kenalan, pilih
>
Tambah penerima
.
3 Pilih medan input teks, dan tuliskan mesej anda.
4 Untuk menambah lampiran, pilih .
5 Pilih
.
Menghantar mesej dengan lampiran mungkin lebih mahal daripada menghantar mesej
teks normal. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, hubungi pembekal khidmat anda.
Anda boleh menghantar mesej teks yang lebih panjang daripada had aksara untuk
mesej tunggal. Mesej yang lebih panjang akan dihantar sebagai dua atau lebih mesej.
Pembekal khidmat anda boleh mengenakan bayaran yang sewajarnya.
Aksara dengan aksen, tanda lain, atau sesetengah pilihan bahasa, mengambil lebih
banyak ruang, membataskan bilangan aksara yang boleh dihantar dalam satu mesej.
Pemesejan 51
Jika item yang anda masukkan dalam mesej multimedia adalah terlalu besar untuk
rangkaian, peranti mungkin secara automatik mengurangkan saiznya.
Hanya peranti yang serasi boleh menerima dan memaparkan mesej multimedia. Mesej
mungkin nampak berlainan dalam peranti berlainan.