Mengenai radio FM
Pilih >
Radio FM
.
Anda boleh mendengar saluran radio FM menggunakan telefon anda. Telefon anda
mempunyai antena FM yang disepadukan, maka, anda tidak perlu menggunakan alat
dengar sebagai antena. Hanya pilih saluran.
Anda boleh mendengar radio walaupun, semasa mod luar talian diaktifkan dalam
telefon anda dan anda tidak mempunyai liputan rangkaian selular. Kualiti siaran radio
bergantung pada liputan isyarat radio FM di lokasi anda.
Anda boleh membuat atau menjawab panggilan sambil mendengar radio. Radio
disenyapkan secara automatik sewaktu panggilan aktif.
Petua: Oleh sebab telefon anda mempunyai antena FM yang disepadukan, anda juga
boleh menggunakan alat dengar Bluetooth untuk mendengar radio.
Muzik dan audio 69