
Salin muzik dari PC anda
Adakah anda mempunyai muzik pada PC anda yang anda hendak dengar pada telefon
anda? Nokia Ovi Suite adalah cara terpantas untuk menyalin muzik ke telefon anda, dan
anda boleh menggunakannya untuk menguruskan dan menyegerakkan koleksi muzik
anda.
1 Gunakan kabel data USB serasi untuk menyambungkan telefon anda ke komputer
serasi.
2 Pada telefon anda, sapu ke bawah dari kawasan pemberitahuan dan pilih
USB
>
Nokia Ovi Suite
.
3 Pada komputer anda, buka Nokia Ovi Suite. Pastikan anda mempunyai versi terbaru
Nokia Ovi Suite. Untuk maklumat selanjutnya, lihat bantuan Nokia Ovi Suite.
Muat turun versi terkini Nokia Ovi Suite daripada www.nokia.com/software.
Sesetengah fail muzik boleh dilindungi oleh pengurusan hak digital (DRM) dan tidak
boleh dimainkan pada lebih daripada satu telefon.