
Kandungan dilindungi
Kandungan dilindungi pengurusan hak digital (DRM), seperti gambar, video, atau muzik,
disediakan dengan lesen berkaitan yang menentukan hak anda untuk menggunakan
kandungan. Lagu dilindungi DRM tidak boleh digunakan, contohnya, sebagai nada
dering atau nada penggera.
Anda boleh melihat butiran dan status lesen, dan aktifkan semula dan keluarkan lesen.
Uruskan lesen hak digital
Pilih >
Tetapan
>
Telefon
>
Pengurusan telefon
>
Tetapan keselamatan
>
Kandngn dilindungi
.
Mengenai Pengurusan Hak Digital
Apabila menggunakan peranti ini, patuhi semua undang-undang dan hormati adat
tempatan, privasi dan hak-hak sah orang lain termasuk hak cipta. Perlindungan hak
cipta boleh menghalang anda daripada menyalin, mengubah suai, atau memindahkan
gambar, muzik, dan kandungan lain.
Pemilik kandungan mungkin menggunakan teknologi perlindungan hak digital (DRM)
yang berbeza untuk melindungi harta intelektual mereka, termasuk hak cipta. Peranti
ini menggunakan pelbagai jenis perisian DRM untuk mengakses kandungan yang
dilindungi DRM. Dengan peranti ini anda boleh mengakses kandungan yang dilindungi
dengan WMDRM 10 dan OMA DRM 2.0. Jika perisian DRM tertentu gagal untuk melindungi
kandungan, pemilik kandungan boleh meminta keupayaan perisian DRM sedemikian
bagi mengakses kandungan dilindungi DRM yang baru dibatalkan. Pembatalan juga
mungkin menghalang pembaharuan kandungan dilindungi DRM sedemikian yang sedia
ada dalam peranti anda. Pembatalan perisian DRM sedemikian tidak menjejaskan
68 Muzik dan audio

penggunaan kandungan yang dilindungi dengan jenis DRM yang lain atau penggunaan
kandungan yang tidak dilindungi DRM.
Kandungan pengurusan hak digital (DRM) yang dilindungi disediakan dengan lesen
berkaitan yang mentakrifkan hak anda untuk menggunakan kandungan tersebut.
Jika peranti anda mempunyai kandungan yang dilindungi OMA DRM, untuk membuat
sandaran lesen dan juga kandungan, gunakan ciri sandaran Nokia Ovi Suite.
Kaedah pemindahan lain mungkin tidak memindahkan lesen yang perlu dipulihkan
dengan kandungannya agar anda boleh terus menggunakan kandungan yang
dilindungi OMA DRM selepas memori peranti diformat. Anda juga mungkin perlu
menyimpan semula lesen sekiranya fail pada peranti anda menjadi rosak.
Jika peranti anda mempunyai kandungan yang dilindungi WMDRM, lesen dan juga
kandungan hilang jika memori peranti diformatkan. Anda juga mungkin kehilangan
lesen dan kandungan jika fail pada peranti anda menjadi rosak. Kehilangan lesen atau
kandungan boleh mengehadkan kebolehan anda untuk menggunakan kandungan yang
sama pada peranti anda lagi sekali. Hubungi pembekal khidmat anda untuk maklumat
lanjut.
Sesetengah lesen mungkin disambungkan kepada kad SIM yang tertentu, dan
kandungan yang dilindungi boleh diakses hanya jika kad SIM dimasukkan dalam
peranti.