Nokia 600 - Jaga peranti anda

background image

Jaga peranti anda
Kendalikan peranti anda, bateri, pengecas dan aksesorinya dengan cermat. Cadangan yang berikut membantu anda melindungi

perlindungan waranti anda.

Pastikan peranti ini sentiasa kering. Pemendakan, kelembapan, dan semua jenis cecair atau lembapan mungkin

mengandungi mineral-mineral yang menghakis litar elektronik. Jika peranti anda menjadi basah, keluarkan baterinya,

dan biarkan peranti kering.

Jangan simpan peranti pada suhu yang sejuk.

Jangan cuba membuka peranti ini dengan cara yang lain daripada yang diarahkan dalam panduan pengguna.

Pengubahsuaian yang tidak diluluskan boleh merosakkan peranti ini dan melanggar peraturan yang mentadbir peranti

radio.

Jangan jatuhkan, ketuk atau goncang peranti ini.

Hanya gunakan kain yang lembut, bersih, kering untuk membersihkan permukaan peranti.

Matikan peranti dan keluarkan bateri dari semasa ke semasa untuk mendapatkan prestasi yang optimum.

Jauhkan peranti anda daripada magnet atau medan magnet.

Maklumat produk dan keselamatan 129

background image

Untuk memastikan data penting anda selamat, simpannya di sekurang-kurangnya dua tempat berasingan, seperti peranti

anda, kad memori, atau komputer, atau tulis maklumat penting.

Semasa pengendalian berlanjutan, peranti mungkin berasa panas. Dalam kebanyakan kes, ini adalah biasa. Jika anda

mengesyaki peranti tidak berfungsi dengan betul, bawa peranti ke kemudahan perkhidmatan sah yang terdekat.