
Mengenai sambungan WLAN
Pilih >
Tetapan
dan
Kesambungan
>
Wi-Fi
.
Petua: Anda juga boleh mengurus sambungan anda dalam menu status. Sapu ke bawah
dari kawasan pemberitahuan dan pilih
Wi-Fi
. Jika Wi-Fi tidak dipaparkan, pilih .
Kesambungan 107

Petua: Anda boleh menambah widget WLAN pada skrin utama. Untuk mengaktifkan
atau menyahaktifkan sambungan WLAN dengan cepat, pilih widget. Untuk membuka
aplikasi WLAN, pilih dan tahan widget.
Aplikasi WLAN memaparkan senarai rangkaian yang tersedia dan membantu anda
menyambung ke rangkaian kawasan wayarles (WLAN).
Penting: Gunakan penyulitan untuk meningkatkan keselamatan sambungan WLAN
anda. Menggunakan penyulitan akan mengurangkan risiko orang lain mengakses data
anda.
Nota: Penggunaan WLAN mungkin disekat di beberapa negara. Contohnya, di
Perancis, anda hanya dibenarkan menggunakan WLAN di dalam bangunan. Untuk
mendapatkan maklumat lanjut, hubungi pihak berkuasa tempatan anda.