
Tukar mod USB
Untuk keputusan terbaik apabilan menyalin kandungan anda menyegerakkan telefon
anda dengan komputer anda, aktifkan mod USB sewajarnya apabila menggunakan
kabel data USB untuk menyambung ke pelbagai peranti.
1 Gunakan kabel data USB serasi untuk menyambungkan telefon anda ke komputer
anda.
2 Pada telefon anda, sapu ke bawah dari kawasan pemberitahuan.
3 Pilih
USB
dan daripada yang berikut
Nokia Ovi Suite — Sambung telefon anda ke komputer serasi yang mempunyai
Nokia Ovi Suite dipasangkan. Dalam mod ini, anda boleh menyegerakkan telefon anda
dengan Nokia Ovi Suite dan menggunakan ciri Nokia Ovi Suite lain.
Mod ini diaktifkan secara automatik apabila anda membuka aplikasi Nokia Ovi Suite.
P'yimpnn massa — Sambungkan telefon anda ke komputer serasi yang tidak
dipasangkan Nokia Ovi Suite. Telefon anda diiktiraf sebagai memori denyar USB. Anda
juga boleh menyambung telefon anda ke peranti lain, seperti stereo rumah atau kereta,
yang anda boleh sambungkan peranti USB.
Semasa menyambung ke komputer di dalam mod ini, anda mungkin tidak dapat
menggunakan sesetengah aplikasi telefon.
Kad memori dan memori massa di dalam telefon anda tidak dapat diakses oleh peranti
lain.
Pmindhn media — Sambungkan telefon anda ke komputer serasi yang tidak
dipasangkan Nokia Ovi Suite. Muzik yang dilindungi oleh pengurusan hak digital (DRM)
perlu dipindahkan di dalam mod ini. Beberapa sistem hiburan rumah dan pencetak juga
boleh digunakan di dalam mod ini.
116 Kesambungan

Gnkn tel. sbg modm — Sambung telefon anda ke komputer serasi, dan gunakan
telefon sebagai modem wayarles. Komputer menyambung ke internet secara
automatik.