Mengenai kesambungan Bluetooth
Pilih >
Tetapan
>
Kesambungan
>
Bluetooth
>
Aktif
.
Anda boleh menyambung secara wayarles ke peranti serasi yang lain, seperti telefon,
komputer, alat dengar dan kit kereta.
Anda boleh menggunakan sambungan untuk menghantar item dari telefon anda,
menyalin fail dari PC serasi anda dan mencetak fail dengan pencetak serasi.
Memandangkan peranti dengan teknologi wayarles Bluetooth berkomunikasi
menggunakan gelombang radio, ia tidak perlu berada dalam garis nampak. Walau
bagaimanapun, mesti berada dalam 10 meter (33 kaki) daripada satu sama lain,
walaupun sambungan mungkin tertakluk kepada gangguan daripada halangan seperti
dinding atau dari peranti elektronik lain.
Apabila telefon anda dikunci, hanya sambungan kepada peranti yang dibenarkan dapat
dilakukan.
Petua: Anda juga boleh menguruskan sambungan Bluetooth anda dalam menu status.
Untuk membuka menu status, sapu ke bawah dari kawasan pemberitahuan dan pilih
Bluetooth
. Jika Bluetooth tidak dipaparkan, pilih .