Hantar gambar atau kandungan lain ke peranti lain menggunakan Bluetooth
Anda boleh menggunakan Bluetooth untuk menghantar gambar, video, kad niaga, entri
kalendar, dan kandungan lain ke peranti serasi rakan anda dan ke komputer anda.
Anda boleh memiliki beberapa kesambungan Bluetooth aktif pada masa yang sama.
Sebagai contoh, jika anda bersambung ke alat dengar yang serasi, anda juga boleh
menghantar fail ke peranti lain yang serasi pada masa yang sama.
1 Pilih dan tahan item, sebagai contoh, gambar. Dari menu pop timbul, pilih
Hantar
>
Melalui Bluetooth
.
2 Pilih peranti untuk menyambung ke. Jika peranti yang dikehendaki tidak
dipaparkan, untuk mencarinya, pilih
Peranti lain
. Semasa mencari, peranti
Bluetooth di dalam julat dipaparkan.
3 Jika peranti lain memerlukan kod laluan, masukkan kod laluan. Kod laluan, yang
anda boleh tentukan sendiri, mesti dimasukkan dalam kedua-dua peranti. Kod
laluan dalam beberapa peranti ditetapkan. Untuk maklumat lanjut, lihat panduan
pengguna peranti lain.
Kod laluan adalah hanya sah untuk sambungan semasa.