Simpan maklumat lokasi pada gambar dan video anda
Jika anda kadangkala berusaha untuk mengingati dengan tepat di mana anda berada
ketika anda mengambil gambar atau video, anda boleh menetapkan telefon anda agar
merakam lokasi secara automatik.
Tekan dan tahan kekunci kamera.
Maklumat lokasi boleh dilampirkan pada imej atau klip video jika koordinat lokasi boleh
ditentukan melalui rangkaian dan GPS. Jika anda berkongsi imej atau klip video yang
mempunyai lampiran maklumat lokasi, maklumat lokasi tersebut mungkin dapat
dilihat oleh orang lain yang melihat imej atau klip video. Anda boleh menyahaktifkan
tag geo dalam tetapan kamera.
Aktifkan ciri rakaman lokasi
Pilih
> >
Simpan maklumat lokasi
>
Ya
.
Ia mungkin mengambil masa beberapa minit untuk mengkoordinasi lokasi anda.
Ketersediaan dan kualiti isyarat GPS mungkin terjejas akibat lokasi anda, kedudukan
satelit, bangunan, halangan semula jadi, keadaan cuaca dan pelarasan pada satelit GPS
Kamera 73
yang dibuat oleh kerajaan Amerika Syarikat. Isyarat GPS mungkin tidak tersedia di
dalam bangunan atau di bawah tanah.
Jangan gunakan GPS untuk pengukuran lokasi yang tepat, dan jangan sekali-kali
bergantung sepenuhnya pada maklumat lokasi yang diberikan oleh GPS dan rangkaian
selular.
Penunjuk maklumat lokasi:
— Maklumat lokasi tidak tersedia. Maklumat lokasi mungkin tidak disimpan pada
gambar atau video.
— Maklumat lokasi tersedia. Maklumat lokasi disimpan ke gambar atau video.