Petua gambar dan video
Tekan dan tahan kekunci kamera.
Apabila mengambil gambar:
•
Gunakan kedua-dua belah tangan untuk memastikan kamera tidak bergerak.
•
Semasa anda menzum masuk, kualiti imej mungkin berkurangan.
•
Kamera mengaktifkan mod penjimatan bateri selepas lebih kurang satu minit tidak
mempunyai aktiviti. Untuk mengaktifkan kamera sekali lagi, tekan kekunci kamera
sebentar.
•
Anda boleh melampirkan gambar kepada kenalan dalam senarai kenalan anda.
Selepas mengambil gambar, pilih
>
Gunakan imej
>
Berikan kepada
kenalan
. Alihkan bingkai untuk memangkas gambar, ketuk skrin untuk
memaparkan bar alat, pilih , dan pilih kenalan.
Pastikan jarak yang selamat apabila menggunakan denyar. Jangan gunakan denyar
pada orang atau haiwan pada jarak dekat. Jangan tutup denyar ketika mengambil
gambar.
Apabila merakam video:
72 Kamera
•
Untuk hasil terbaik, tutup sebarang aplikasi terbuka sebelum merakam.
•
Rakam kepada memori massa telefon anda, jika boleh.
•
Jika merakam video ke kad memori, untuk prestasi terbaik, gunakan kad mickroSD
serasi, pantas, berkualiti tinggi. Kelas kad microSD yang disarankan adalah 4
(32Mbit/s (4MB/s)) atau lebih tinggi.
Sebelum menggunakan untuk kali pertama, buat sandaran sebarang data penting
pada kad, dan gunakan telefon untuk memformatkan kad, walaupun, kad tersebut
telah diformatkan atau digunakan sebelum ini dalam telefon Nokia. Memformat
akan memadam semua data pada kad.
Jika prestasi kad memori makin lama makin merosot, buat sandaran sebarang data
penting pada kad, dan gunakan telefon untuk memformatkan kad.