
Kongsi gambar atau video secara terus dari kamera
Selepas mengambil gambar atau merakam video, anda boleh memuat naik gambar
atau video ke perkhidmatan rangkaian sosial.
74 Kamera

Tekan dan tahan kekunci kamera.
Selepas mengambil gambar atau merakam video, pilih , dan ikut arahan yang
dipaparkan.
Pada kali pertama anda memuat naik gambar atau video ke perkhidmatan rangkaian
sosial, anda perlu melog masuk ke perkhidmatan. Perkhidmatan yang anda tambah
ditetapkan sebagai perkhidmatan perkongsian lalai.
Bukan semua perkhidmatan rangkaian menyokong semua format fail atau video yang
dirakam dalam kualiti tinggi.
Petua: Anda juga boleh berkongsi gambar dan video anda dengan telefon Nokia lain
yang menyokong NFC. Untuk berkongsi, selepas mengambil gambar atau merakam
video, sentuh telefon lain dengan kawasan NFC.