
Hak cipta dan notis lain
PENGISYTIHARAN PENGESAHAN
NOKIA CORPORATION dengan ini mengisytiharkan bahawa RM-701 produk ini mematuhi keperluan yang penting dan
peruntukan Arahan 1999/5/EC yang berkaitan. Satu salinan Pengisytiharan Pematuhan ini boleh didapati http://
www.nokia.com/phones/declaration_of_conformity/.
© 2011 Nokia. Semua hak terpelihara.
Nokia, Nokia Connecting People, logo Nokia Original Accessories dan Ovi adalah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar
Nokia Corporation. Nokia tune adalah cap bunyi Nokia Corporation. Lain-lain nama produk dan nama syarikat yang disebut di
sini berkemungkinan adalah tanda dagangan atau nama dagangan pemilik masing-masing.
Pengeluaran semula, pemindahan, pengedaran atau penyimpanan sebahagian atau semua kandungan dokumen ini dalam apa
juga bentuk tanpa mendapatkan kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Nokia adalah dilarang. Nokia mengamalkan dasar
pembangunan berterusan. Nokia berhak membuat perubahan dan peningkatan kepada sebarang produk yang diperihalkan di
dalam dokumen ini tanpa pemberitahuan terdahulu.
Oracle dan Java adalah tanda dagangan berdaftar Oracle dan/atau anggota gabungannya.
Produk ini dilesenkan di bawah Lesen Portfolio Paten Visual MPEG-4 (i) untuk kegunaan peribadi dan bukan komersial yang
berkaitan dengan maklumat yang telah dikodkan dengan mematuhi Piawai Visual MPEG-4 oleh pengguna yang terlibat dalam
kegiatan peribadi dan bukan komersial dan (ii) untuk kegunaan yang berkaitan dengan video MPEG-4 yang disediakan oleh
pembekal video berlesen. Tiada lesen akan diberikan atau tersirat untuk sebarang kegunaan lain. Maklumat tambahan,
termasuk yang berkaitan dengan kegunaan promosi, dalaman dan komersil boleh diperolehi daripada MPEG LA, LLC. Lihat
http://www.mpegla.com.
Hingga setakat maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkuat kuasa, Nokia atau mana-mana pemegang
lesennya tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan data atau pendapatan atau apa-apa kerosakan khas,
sampingan, turutan atau tidak langsung yang berlaku dalam apa jua keadaan sekali pun.
134 Hak cipta dan notis lain

Isi kandungan dokumen ini dibekalkan "sebagaimana adanya". Kecuali seperti yang dituntut oleh undang-undang yang berkuat
kuasa, tiada sebarang jenis jaminan, sama ada yang nyata atau tersirat, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, jaminan tersirat
bagi keperdagangan dan kesesuaian untuk tujuan tertentu, dibuat berkaitan dengan ketepatan, kebolehpercayaan atau
kandungan dokumen inI. Nokia berhak untuk menyemak dokumen ini atau menariknya balik pada bila-bila masa tanpa notis
terlebih dahulu.
Kejuruteraan berbalik perisian dalam peranti adalah dilarang setakat yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkuat
kuasa. Setakat ini panduan pengguna ini mengandungi mana-mana batasan pada perwakilan, waranti, kerosakan dan liabiliti
Nokia, batasan sebegini demikiannya akan membataskan apa-apa perwakilan, waranti, kerosakan dan liabiliti pemberi lesen
Nokia.
Ketersediaan poduk, ciri, aplikasi dan perkhidmatan mungkin berbeza-beza mengikut wilayah. Untuk mendapatkan maklumat
lanjut, hubungi penjual Nokia anda atau pembekal khidmat anda. Peranti ini mungkin mengandungi barangan, teknologi atau
perisian yang tertakluk kepada undang-undang dan peraturan eksport dari Amerika Syarikat dan negara-negara lain.
Lencongan yang bertentangan dengan undang-undang adalah dilarang.
Nokia tidak memberikan waranti atau menganggung sebarang tanggungjawab untuk kefungsian, kandungan, atau sokongan
pengguna akhir bagi aplikasi pihak ketiga yang diberikan bersama peranti anda. Dengan menggunakan aplikasi ini, anda
mengakui bahawa aplikasi diberikan seperti sedia ada. Nokia tidak membuat sebarang perwakilan, memberikan waranti, atau
menganggung sebarang tanggungjawab untuk kefungsian, kandungan, atau sokongan pengguna akhir bagi aplikasi pihak
ketiga yang diberikan bersama peranti anda.
NOTIS FCC/INDUSTRY CANADA
Peranti anda mungkin menyebabkan gangguan TV atau radio (contohnya, semasa menggunakan telefon yang berdekatan
dengan peralatan yang menerima). FCC atau Industry Canada boleh menghendaki anda menghentikan menggunakan telefon
anda jika gangguan sedemikian tidak boleh dihapuskan. Jika anda perlukan bantuan, hubungi kemudahan servis tempatan
anda. Peranti ini mematuhi bahagian 15 peraturan FCC dan standard RSS dikecualikan lesen Industry Canada. Pengendalian
tertakluk pada dua syarat berikut: (1) Peranti ini mungkin tidak menyebabkan gangguan yang berbahaya, dan (2) peranti ini
mesti menerima sebarang gangguan yang diterima, termasuk gangguan yang mungkin menyebabkan operasi yang tidak
diingini. Sebarang perubahan atau pengubahsuaian yang tidak diluluskan dengan jelas oleh Nokia boleh membatalkan
kebenaran pengguna untuk menggunakan peralatan ini.
Sesetengah operasi dan ciri bergantung pada kad SIM dan/atau rangkaian, MMS atau bergantung pada keserasian peranti dan
format kandungan yang disokong. Sesetengah perkhidmatan adalah tertakluk kepada caj yang berasingan.
/Keluaran 1.0 MS
Hak cipta dan notis lain 135