
Lihat gambar dan video pada TV
Anda boleh melihat gambar dan video pada TV serasi, memudahkan anda untuk
menunjukkannya pada keluarga dan rakan-rakan.
Anda perlu menggunakan Kabel Kesambungan Video Nokia (dijual secara berasingan)
dan anda perlu mengubahsuai tetapan TV keluar dan nisbah kadar. Untuk mengubah
suai tetapan TV keluar, pilih >
Tetapan
dan
Telefon
>
Aksesori
>
TV keluar
.
1 Sambung Kabel Kesambungan Video Nokia ke input video TV yang sesuai. Warna
plag mesti sama dengan warna soket.
2 Sambung ke hujung Kabel Kesambungan Nokia Video yang lain ke Penyambung AV
Nokia telefon anda. Anda mungkin perlu untuk memilih
Kabel TV keluar
sebagai
mod USB.
3 Semak imbas fail yang anda mahu lihat.
Gambar dan video anda 77

Jangan sambungkan produk yang mewujudkan isyarat output kerana ini boleh
merosakkan peranti. Jangan sambungkan mana-mana sumber voltan ke penyambung
AV Nokia. Jika anda menyambung peranti luar atau alat dengar, selain daripada yang
diluluskan oleh Nokia untuk digunakan dengan peranti ini ke penyambung AV Nokia,
sila beri perhatian terhadap paras kelantangan.