Salin kenalan atau gambar dari telefon lama anda
Hendak menyalin maklumat penting daripada telefon Nokia serasi lama anda dan mula
menggunakan telefon baru anda dengan cepat? Gunakan Tukar telefon aplikasi untuk
menyalin, sebagai contoh, kenalan, entri kalendar, dan gambar pada telefon baru anda,
percuma.
Telefon Nokia terdahulu anda perlu menyokong Bluetooth.
Pilih >
Tetapan
>
Kesambungan
>
Pemindahan data
>
Tukar telefon
, dan ikut
arahan yang dipaparkan pada kedua-dua telefon.
Jika telefon lain memerlukan kod laluan, masukkan kod laluan. Kod laluan, yang anda
boleh tentukan sendiri, perlu dimasukkan dalam kedua-dua telefon. Kod laluan dalam
beberapa telefon ditetapkan. Untuk butiran, lihat panduan pengguna bagi telefon. Kod
laluan adalah hanya sah untuk sambungan semasa.
Jika telefon Nokia terdahulu anda tidak mempunyai aplikasi Tukar telefon, telefon baru
anda menghantarnya dalam mesej menggunakan Bluetooth. Untuk memasang aplikasi,
buka mesej dalam telefon terdahulu anda dan ikuti arahan.