Nokia 600 - Gunakan telefon anda untuk kali pertama

background image

Gunakan telefon anda untuk kali pertama

Telefon anda memberi panduan kepada anda melalui persediaan permulaan apabila

anda memasukkan kad SIM anda dan menghidupkan telefon anda untuk kali pertama.

Bermula 15

background image

Untuk menggunakan Perkhidmatan Nokia, buat akaun Nokia. Anda boleh juga menyalin

kenalan anda dan kandungan lain dari telefon anda yang sebelumnya. Anda boleh juga

melanggani perkhidmatan My Nokia, untuk menerima petua dan kiat mengenai cara

untuk mendapatkan sepenuhnya daripada telefon anda.
Untuk memulakan tindakan, pilih . Untuk melangkau tindakan, pilih .
Untuk membuat akaun Nokia, anda memerlukan sambungan internet. Hubungi

pembekal khidmat anda untuk mendapatkan maklumat mengenai caj penghantaran

data. Jika anda tidak boleh menyambung ke internet, anda boleh membuat akaun pada

waktu lain.
Jika anda sudah mempunyai akaun Nokia, masukkan nama pengguna dan kata laluan

dan pilih

.

Petua: Terlupa kata laluan anda? Anda boleh meminta ia dihantar kepada anda dalam

mel atau mesej teks.
Gunakan aplikasi Tukar telefon untuk menyalin kandungan anda, seperti:

Kenalan

Mesej

Gambar dan video

Tetapan peribadi

Apabila anda menyediakan akaun mel anda, anda boleh menetapkan peti masuk anda

untuk dipaparkan pada skrin utama anda, supaya anda boleh memeriksa mel anda

dengan mudah.
Jika anda perlu membuat panggilan kecemasan sewaktu fasa persediaan, tekan kekunci

panggil.